Monday, November 15, 2010

couple

Bila bercakap pasal bercinta nie, kadang-kadang hati ini teringin juga, tapi biarlah ia menjadi angan-angan di dalam hati. Bercinta ini adalah dibenarkan di dalam Islam tetapi ada caranya. Nak bercinta biarlah selepas kahwin kerana ia lebih diredhai ALLAH SWT....Ada juga kawan yang bertanya, "kau tak teringin nak couple ke??aku tengok kau paras rupa OK,tapi dari kecil kau macam tak berminat je dalam benda-benda camni..."

Aku hanya tersenyum...Dalam hati ada juga keinginan untuk berkasih ni dan teringin, tapi itu dahulu sebelum aku mengetahui bahawa bercinta ini tidak dibenarkan dalam Islam jika kita masih belum berkahwin. Bila dah tahu, aku hairan juga bagaimana nak kahwin kalau tidak bercinta... Akhirnya ALLAH SWT tunjukkan pada aku apabila abangku bertemu jodohnya melalui solat sunat istiqarah dan Alhamdulillah, jodoh yang ALLAH tetapkan itu adalah lebih baik dan berkat daripada kita bercinta tanpa keredhaanNya.

Ayah dan ibuku juga tidak pernah bercinta dan bila difikirkan mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain..ALLAH itu Maha Berkuasa, Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Bila kita bercinta semestinya kita ingin membelai pasangan, memegang tanganya, memandangnya, memikirkan betapa cantiknya si dia...inilah yang dikatakan zina hati, kita lupa kepada ALLAH kerana asyik teringatkan pasangan kita...NAUZUBILLAH...Adakah kita ini mempunyai banyak pahala untuk menanggung dosa yang kita lakukan apabila bercinta???Elakkanlah daripada bercinta kerana kita menghampiri zina dan ingatlah kita ini akan ditanya di akhirat kelak dan siksanya, tidak sanggup untuk kita menghadapinya.. Panas api neraka tidak sama dengan api dunia dan Rasulullah pernah bersabda, "jikalau ahli neraka ini diletakkan dalam api dunia, nescaya ahli neraka akan bergembira kerana api dunia ini tidak sepanas seperti api neraka".

Bila hati teringin, masuklah meminang si dia dan dalam tempoh pertunangan itu juga kita tidak boleh berdua-duaan juga dengan dia kerana kita masih belum berkahwin dengannya...kalau pun hendak keluar dengan tunang kita, mestilah dengan mahramnya (ibunya, bapanya, neneknya dan seangkatannya).

Baru-baru ini kawan yang lain bertanya, "kau taknak bercinta ke??kita nie dah boleh berkahwin kalau diikutkan umur, aku tengok kau nie kalau dengan kucing bukan main lagi, peluk cium semua ada.."

"taknaklah....aku takut tak dapat tanggung beban..", jawab aku.

"beban?? beban apa?? bercinta nie seronok pe??",sambungnya lagi.

"beban dosa..amal ibadatku bukanlah banyak, lagipun dalam bercinta ini sebelum kahwin ini, tak ada benda yang elok melainkan dosa yang datang menimpa-nimpa..."

2 comments:

  1. salam.emm nk komen cket ek..sbnrnye sy tertnye2 gak cmne ek kwin tp x nah knl.tp skg tau la cket2 sbb byk da bce artikel psl ni.tp x nah lak knl org yg ade pglmn cmni.how about ur brother??die knl istri die ngn org perantaraan ke??emm sje nk tau.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam....
    psal 2 xdela org perantaraan,tp inisiatif dirinya sendiri...mse 2 abg rssdh tba masa u b'kahwin, lalu smbyg sunat istiqarah u mmohon ptunjuk ALLAH SWT n Yang Maha Esa berikan ptunjuk (dalam tidur, nama bakal isteri ditunjukkan pada abg tanpa mengetahui wajahnya)...x ingt 2 brapa kali abg bt solat sunat istiqarah...cari pnye cari, rupa2nya org 2 adalh 1 skolah dgn abg n merupakan kawan kpad kawan abg sndiri jgak...

    ReplyDelete