Thursday, November 18, 2010

Makanan Yang Mengandungi Unsur Haram

Baru - baru ini teringin nak makan makanan ringan sebab dah terlalu lama tak makan. Sebenarnya aku yang jenis kurang makan makanan ringan kerana ingatan akan mudah lupa. Aku beli satu brand makanan ringan dan makan.. langsung tidak teringat untuk melihatnya kerana aku menyimpan kod makanan yang mengandungi elmusier dari khinzir atau lebih tepat lagi gelatin khinzir...

Masa makan tu, dah nak habis kalau tak silap aku, aku lihat kod kat belakang dan aku terus memuntahkan balik makanan di mulut aku.... Sayang juga sebab tu je satu - satu makanan ringan yang akan aku pilih kalau aku terasa nak makan. aku buat satu kad dan tulis kod yang mengandungi unsur yang tidak halal ini dan simpan dala dompet aku... Bukan apa, makan makanan yang haram akan menyebabkan ibadat tidak diterima ALLAH selama 40 hari kalau disengajakan (betulkan aku kalau aku tersilap)..

Jadi aku nak share kod - kod yang terdapat unsur khinzir ini...
E100   E110   E120   E140   E141   E153   E160   E161   E210   E213   E214   E214   E216   E234   E252   E270   E280   E300   E301   E325   E326   E327   E334   E335   E336   E337   E422   E430   E431   E432   E433   E434   E435   E436   E440   E441   E470   E471   E472   E473   E474   E475   E476   E477   E478   E481   E482   E483   E491   E492   E493   E494   E495   E542   E570   E572   E631   E635   E904   E920

Kalau dah tahu kod - kod ini, janganlah pejam sebelah mata kerana makanan haram akan menggelapkan hati kita dan penyebab untuk kita lalai kepada ALLAH... Nauzubillah...

Onani...

Bila bercakap pasal onani, pasti ada yang malu - malu, tidak mengerti apa itu onani dan ada yang tersenyum... Kebiasaannya orang cakap onani ini biasanya orang lelaki yang selalu buat...Entahlah, aku pun tidak pernah melaluinya... Masa sekolah menengah dulu pun, bila kawan bercakap pasal onani, dahi aku berkerut sebab aku tak faham apa itu onani (SERIUS!!! memang aku tak tahu)..

Bila kawan terangkan, aku menanyakan balik, "Perlu ke benda ini???"

Kalau bab-bab yang melibatkan hal lelaki dan perempuan ini, memang aku tak ketahui sangat kerana adik - beradik aku ini kegemarannya adalah anime dan manga termasuklah aku.... Masa kami kecil dulupun, tak bergaul sangat dengan kawan...

Masa tahu onani itu apa, aku pun tidak ketahui sama ada ia dibenarkan dalam Islam ataupun tidak. Tapi aku tahu benda ini semacam menggelikan... Hari ini ada terbaca pasal onani ini,d an merupakan perkara yang dilarang di dalam agama. Onani adalah perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha...MORE INFO ON "ONANI"

Bagi aku lebih baik tidak ketahui benda - benda yang macam ini kerana mendatangkan rasa ingin mencubanya. Di dalam Islam, melalui perkahwinan kita dapat melepaskan nafsu kita secara halal tanpa kemurkaan ALLAH SWT... Islam melarang sesuatu perkara kerana ia dapat mendatangkan kemudaratan kepada diri kita sendiri.... WALLAHUALAM....


bilakah khiamat????

Walaupun isu bukanlah baru dan lama orang memperkatakannya, aku teringin nak kongsi dengan pembaca... Bila kita terbaca artikel yang menyiarkan tentang berlakunya khiamat, masing-masing diundang kegelisahan dan kerisauan memikirkan amal ibadat masing - masing termasuklah diri ini...

Mesti ada yang di kalangan kita sudah membaca atau terbaca artikel tentang tahun yang dijangka akan berlakunya khiamat...ada yang memperkatakan tentang planet Nibiru, khiamat akan berlaku 2012, 1500 tahun sebelum khiamat, dan  banyak lagi....

Apa yang penting sebenarnya, janganlah semata - mata khiamat itu akan berlaku, maka kita mempertingkatkan amalan kita dan ingatlah apa kita masih dapat membuka mata selepas ini atau hari esok?? Tidak semestinya kita akan hidup sehingga umur tua, jika ALLAH izinkan, kedatangan Malaikat Izrail pasti tidak kita duga... Jangan terlalu memikirkan bilakah khiamat kerana ALLAH Yang Maha Mengetahui dan kita sebagai hamba wajib menunaikan pekerjaan kita kepada ALLAH iaitu beribadat kepadaNya... Moga - moga kita ditempatkan di kalangan orang beriman dan bertqwa.

Bertaqwalah kepada ALLAH kerana Ar-Rahim menjanjikan balasan syurga kepada hamba yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.... Kita tidak mahu ditempatkan di neraka tetapi balasan syurga adalah dengan rahmat ALLAH.....

Monday, November 15, 2010

Wanita Islam

Kalau kita lihat sekarang muslimah semakin berani menayangkan dirinya di khalayak ramai. Menyanyi, menjerit dan bercakap lembut dengan lelaki, saya rasa itu perkara biasa. Terdengar juga kawan berkata bila seorang kawan perempuan menyanyi, "alah...dia sekolah agama bro, mesti dia tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh..".

Salah!!! Tidak semestinya kita sekolah agama kita boleh buat sesuka hati kita... Bagi aku sekolah agama ini memainkan peranan dalam menanam ilmu akidah, tauhid kita. Tapi kalau sekolah agama tapi menyanyi di hadapan yang bukan mahram dan bercinta, tiada gunalah sekolah agama, atas dasar nama sekolah sahajalah.


Ingatlah, kita ni tak selama-lamanya hidup dan apabila tiba waktunya ALLAH akan mengambil kembali kerana kita ini hidup tak lain tak bukan untuk beribadat kepada ALLAH SWT....

En. Nor Idris

Saya bukanlah arif dalam politik nie, tapi kadang-kadang tertarik dengan permainannya..dalam politik, orang yang saya paling suka dan mengikuti perkembangannya (bukanlah selalu) adalah tak lain tak bukan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat a.k.a. tok guru. Perwatakannnya menarik minat saya biarpun ramai yang berkata dia ni bukan ulama' tapi orang yang menjual agama Islam untuk kepentingan politik.

Tanggapan ini sebenarnya tidak betul dan pada pandangan saya jikalau beliau sedemikian rupa sudah tentu kelantan akan menjadi negeri yang paling miskin dalam miskin dalam Malaysia. sebelum ini saya akui bahawa saya langsung tidak mengetahui tentang beliau, apa yang saya baca dalam akhbar itulah yang saya percaya walaupun saya sangat mengaguminya. Orangnya kecil sahaja tetapi apabila berkata-kata membuatkan orang menaruh kepercayaan kepadanya kerana dia orang yang tidak pernah memungkiri kata-katanya.

Baru-baru ini saya tertarik dengan kenyataan Ustaz Nor Idris (bagi saya ustaz adalah gelaran untuk cikgu dalam bahasa arab, tetapi di Malaysia ustaz bermaksud orang yang tinggi dalam agamanya. Saya tak tahulah sama ada sesuai ataupun tidak untuk Ustaz nor Idris ini). Dia berkata kepada tok guru, “Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” dan menyifatkan tangan tok guru adalah tangan syaitan. boleh baca link di sini untuk lebih lanjut...

http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/10/bekas-calon-bn-maki-hamun-rombongan-mb.html

Bagi saya walaupun dia tidak gemar akan tok guru, tidak sepatutnya dia berkata demikian sedangkan tok guru tidak pernah menyakitinya. di dalam video yang dibuat oleh En. Nor idris ni, dia menyatakan bahawa tok guru mengeluarkan kata-kata kesat sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya..

video link...

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1381166170495831314
http://www.youtube.com/watch?v=zXcUfB0rAqU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=SbwPDAbY8Hk&feature=related

banyak lagi video mengenai En. Nor idris ni, dan semua yang dikatakan olehnya adalah mengarut belaka. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob sendiri mengatakan bahawa sahabat yang termasyhur di zaman Rasulullah saw tidak pernah mengakui diri mereka kasyaf. Inikan pula En. Nor idris yang kita lihat lebih kepada fahaman wahabi. Dia pertikaikan bahasa arab tok guru dan perwatakan tok guru, saya rasa budak kecil boleh ketawa kalau lihat apa yang En. Nor Idris katakan ini.. En. Nor Idris hendaklah berbalik kepada al-Quran dan As-Sunnah, jangan tafsir mengikut hati kerana al-Quran dan As-Sunnah ini maksudnya mendalam dan orang yang pandai yang mendefinisikannya adalah para ulama'...

WALLAHUALAM.....

Ustaz Azhar Idrus

Dalam pengajaran ilmu agama, saya tertarik dengan Ustaz Azhar Idrus kerana orang yang dapat menarik diri ini untuk mengenali lagi masalah-masalah dalam agama yang kita tidak ketahui^__^
Nie adalah salah satu contoh video daripada Ustaz Azhar Idrus...Harap dapat menambah ilmu pengetahuan dan bergembira kerana penyampaian Ustaz Azhar Idrus sangat mengembirakan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya....


Beliau juga mempunyai blognya yang tersendiri untuk sape2 yg berminat untuk mengikutinya...

couple

Bila bercakap pasal bercinta nie, kadang-kadang hati ini teringin juga, tapi biarlah ia menjadi angan-angan di dalam hati. Bercinta ini adalah dibenarkan di dalam Islam tetapi ada caranya. Nak bercinta biarlah selepas kahwin kerana ia lebih diredhai ALLAH SWT....Ada juga kawan yang bertanya, "kau tak teringin nak couple ke??aku tengok kau paras rupa OK,tapi dari kecil kau macam tak berminat je dalam benda-benda camni..."

Aku hanya tersenyum...Dalam hati ada juga keinginan untuk berkasih ni dan teringin, tapi itu dahulu sebelum aku mengetahui bahawa bercinta ini tidak dibenarkan dalam Islam jika kita masih belum berkahwin. Bila dah tahu, aku hairan juga bagaimana nak kahwin kalau tidak bercinta... Akhirnya ALLAH SWT tunjukkan pada aku apabila abangku bertemu jodohnya melalui solat sunat istiqarah dan Alhamdulillah, jodoh yang ALLAH tetapkan itu adalah lebih baik dan berkat daripada kita bercinta tanpa keredhaanNya.

Ayah dan ibuku juga tidak pernah bercinta dan bila difikirkan mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain..ALLAH itu Maha Berkuasa, Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Bila kita bercinta semestinya kita ingin membelai pasangan, memegang tanganya, memandangnya, memikirkan betapa cantiknya si dia...inilah yang dikatakan zina hati, kita lupa kepada ALLAH kerana asyik teringatkan pasangan kita...NAUZUBILLAH...Adakah kita ini mempunyai banyak pahala untuk menanggung dosa yang kita lakukan apabila bercinta???Elakkanlah daripada bercinta kerana kita menghampiri zina dan ingatlah kita ini akan ditanya di akhirat kelak dan siksanya, tidak sanggup untuk kita menghadapinya.. Panas api neraka tidak sama dengan api dunia dan Rasulullah pernah bersabda, "jikalau ahli neraka ini diletakkan dalam api dunia, nescaya ahli neraka akan bergembira kerana api dunia ini tidak sepanas seperti api neraka".

Bila hati teringin, masuklah meminang si dia dan dalam tempoh pertunangan itu juga kita tidak boleh berdua-duaan juga dengan dia kerana kita masih belum berkahwin dengannya...kalau pun hendak keluar dengan tunang kita, mestilah dengan mahramnya (ibunya, bapanya, neneknya dan seangkatannya).

Baru-baru ini kawan yang lain bertanya, "kau taknak bercinta ke??kita nie dah boleh berkahwin kalau diikutkan umur, aku tengok kau nie kalau dengan kucing bukan main lagi, peluk cium semua ada.."

"taknaklah....aku takut tak dapat tanggung beban..", jawab aku.

"beban?? beban apa?? bercinta nie seronok pe??",sambungnya lagi.

"beban dosa..amal ibadatku bukanlah banyak, lagipun dalam bercinta ini sebelum kahwin ini, tak ada benda yang elok melainkan dosa yang datang menimpa-nimpa..."