Thursday, November 18, 2010

bilakah khiamat????

Walaupun isu bukanlah baru dan lama orang memperkatakannya, aku teringin nak kongsi dengan pembaca... Bila kita terbaca artikel yang menyiarkan tentang berlakunya khiamat, masing-masing diundang kegelisahan dan kerisauan memikirkan amal ibadat masing - masing termasuklah diri ini...

Mesti ada yang di kalangan kita sudah membaca atau terbaca artikel tentang tahun yang dijangka akan berlakunya khiamat...ada yang memperkatakan tentang planet Nibiru, khiamat akan berlaku 2012, 1500 tahun sebelum khiamat, dan  banyak lagi....

Apa yang penting sebenarnya, janganlah semata - mata khiamat itu akan berlaku, maka kita mempertingkatkan amalan kita dan ingatlah apa kita masih dapat membuka mata selepas ini atau hari esok?? Tidak semestinya kita akan hidup sehingga umur tua, jika ALLAH izinkan, kedatangan Malaikat Izrail pasti tidak kita duga... Jangan terlalu memikirkan bilakah khiamat kerana ALLAH Yang Maha Mengetahui dan kita sebagai hamba wajib menunaikan pekerjaan kita kepada ALLAH iaitu beribadat kepadaNya... Moga - moga kita ditempatkan di kalangan orang beriman dan bertqwa.

Bertaqwalah kepada ALLAH kerana Ar-Rahim menjanjikan balasan syurga kepada hamba yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.... Kita tidak mahu ditempatkan di neraka tetapi balasan syurga adalah dengan rahmat ALLAH.....

No comments:

Post a Comment