Saya bukanlah arif dalam politik nie, tapi kadang-kadang tertarik dengan permainannya..dalam politik, orang yang saya paling suka dan mengikuti perkembangannya (bukanlah selalu) adalah tak lain tak bukan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat a.k.a. tok guru. Perwatakannnya menarik minat saya biarpun ramai yang berkata dia ni bukan ulama' tapi orang yang menjual agama Islam untuk kepentingan politik.
Tanggapan ini sebenarnya tidak betul dan pada pandangan saya jikalau beliau sedemikian rupa sudah tentu kelantan akan menjadi negeri yang paling miskin dalam miskin dalam Malaysia. sebelum ini saya akui bahawa saya langsung tidak mengetahui tentang beliau, apa yang saya baca dalam akhbar itulah yang saya percaya walaupun saya sangat mengaguminya. Orangnya kecil sahaja tetapi apabila berkata-kata membuatkan orang menaruh kepercayaan kepadanya kerana dia orang yang tidak pernah memungkiri kata-katanya.
Baru-baru ini saya tertarik dengan kenyataan Ustaz Nor Idris (bagi saya ustaz adalah gelaran untuk cikgu dalam bahasa arab, tetapi di Malaysia ustaz bermaksud orang yang tinggi dalam agamanya. Saya tak tahulah sama ada sesuai ataupun tidak untuk Ustaz nor Idris ini). Dia berkata kepada tok guru, “Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” dan menyifatkan tangan tok guru adalah tangan syaitan. boleh baca link di sini untuk lebih lanjut...
http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/10/bekas-calon-bn-maki-hamun-rombongan-mb.html
Bagi saya walaupun dia tidak gemar akan tok guru, tidak sepatutnya dia berkata demikian sedangkan tok guru tidak pernah menyakitinya. di dalam video yang dibuat oleh En. Nor idris ni, dia menyatakan bahawa tok guru mengeluarkan kata-kata kesat sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya..
video link...
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1381166170495831314
http://www.youtube.com/watch?v=zXcUfB0rAqU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=SbwPDAbY8Hk&feature=related
banyak lagi video mengenai En. Nor idris ni, dan semua yang dikatakan olehnya adalah mengarut belaka. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob sendiri mengatakan bahawa sahabat yang termasyhur di zaman Rasulullah saw tidak pernah mengakui diri mereka kasyaf. Inikan pula En. Nor idris yang kita lihat lebih kepada fahaman wahabi. Dia pertikaikan bahasa arab tok guru dan perwatakan tok guru, saya rasa budak kecil boleh ketawa kalau lihat apa yang En. Nor Idris katakan ini.. En. Nor Idris hendaklah berbalik kepada al-Quran dan As-Sunnah, jangan tafsir mengikut hati kerana al-Quran dan As-Sunnah ini maksudnya mendalam dan orang yang pandai yang mendefinisikannya adalah para ulama'...
WALLAHUALAM.....
No comments:
Post a Comment