Aku faham apa yang hendak disampaikan oleh ustaz itu, maksud tiket untuk ke syurga adalah amalan-amalan yang kita lakukan kerana ALLAH SWT seperti sedekah, solat sunat, puasa sunat, mengaji, dan sepertinya. Terfikir juga, adakah aku melakukan perkara yang tersebut?? Aku tahu di dalam benak hatiku aku mash belum mencegah kemungkaran di sekelilingku…
Bila aku lihat kawan perempuanku tidak memakai tudung, dalam hatiku tersembunyi perasaan sedih kerana aku tidak mampu menyatakan kepadanya bahawa mendedahkan aurat adalah tiket utama untuk ke neraka, tiada untuknya merasa sebelah kakinya di pintu syurga. Perempuan nampak lebih cantik apabila memakai tudung berbanding yang membukanya..
Aku pernah terdengar kawan menanyakanya, “awak tak nak pakai tudung ke?”
“tak mengapalah, aku belum bersedia lagi, nanti aku dah bernikah aku pakailah.” Katanya.
Aku terkedu. Adakah kawanku ini tahu bila dia akan mengadap Illahi? Apakah dia mengetahui jika Yang Maha Esa kehendaki, bila-bila masa nyawa kawanku ini diambil-Nya kembali. Memanglah orang cakap yang tua yang akan pergi dulu dan yang muda kemudian, tapi itu adalah adat. Tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT, Dialah yang Maha Berkuasa, tiada tuhan selain-Nya… teringin juga hati ini untuk mengkhabarkan padanya mendedahkan aurat itu satu dosa, tapi hati ini tidak mampu dan hanya mampu membenci di dalam hati. Betullah apa yang ustaz cakap, membenci di dalam hati adalah selemah-lemah iman.
Di dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW melihat perempuan yang rambutnya disambar api neraka kerana tidak menutup aurat semasa hidupnya.
Ada juga yang cakap, “aku belum dapat hidayah lagi untuk menutup aurat, nanti nanti jelah..”
ALLAH ya Rabbi… apa yang aku takutkan ialah kawan perempuan ini menutup mata sebelum sempat bertaubat yang mana ALLAH tidak inzinkannya untuk mendapatkan HIDAYAH ALLAH.. apa mereka fikir ALLAH akan memberikan HIDAYAH jika kita sendiri tidak mencarinya…
Carilah petunjukNya dan semoga kita sempat bertaubat sebelum memejamkan mata. Beramal ibadatlah seolah-olah kita tiada lagi di bumi ALLAH keesokannya.. ALLAH ya Rabbi…
No comments:
Post a Comment