Kalau kita lihat sekarang muslimah semakin berani menayangkan dirinya di khalayak ramai. Menyanyi, menjerit dan bercakap lembut dengan lelaki, saya rasa itu perkara biasa. Terdengar juga kawan berkata bila seorang kawan perempuan menyanyi, "alah...dia sekolah agama bro, mesti dia tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh..".
Salah!!! Tidak semestinya kita sekolah agama kita boleh buat sesuka hati kita... Bagi aku sekolah agama ini memainkan peranan dalam menanam ilmu akidah, tauhid kita. Tapi kalau sekolah agama tapi menyanyi di hadapan yang bukan mahram dan bercinta, tiada gunalah sekolah agama, atas dasar nama sekolah sahajalah.
Ingatlah, kita ni tak selama-lamanya hidup dan apabila tiba waktunya ALLAH akan mengambil kembali kerana kita ini hidup tak lain tak bukan untuk beribadat kepada ALLAH SWT....
No comments:
Post a Comment